8 Tips Kuruskan Badan Dengan Cara Yang Sihat
1. Piramid makanan
Anda harus belajar untuk membuat susunan keperluan makanan anda dalam bentuk piramid. Pastikan urutannya bersesuaian seperti yang anda perlukan diikuti dengan panduan cara diet yang betul dan bagus untuk kesihatan. Dengan cara ini, ia akan memberitahu atau mengingatkan anda makanan yang boleh anda masukkan ke dalam menu pemakanan harian anda dan berapa jumlah yang perlu diambil setiap hari. Keperluan ini bergantung kepada setiap individu kerana ia berbeza mengikut keperluan tubuh badan masing-masing. Dengan ini, ia akan menunjukkan bagaimana anda boleh menjalankan diet yang seimbang dengan mengikut urutan daripada piramid pemakanan tersebut.
2. Perhatikan warna
Semasa hendak memilih buah atau sayuran, pilihlah yang warnanya terang dan kelihatan segar. Elakkan buah atau sayur yang warnanya sudah pudar atau kelihatan lebam. Buah-buahan seperti anggur atau kranberri kaya dengan bahan kimia semulajadi yang membantu melindungi tubuh daripada penyakit seperti kanser dan masalah jantung. Manakala sayuran yang berdaun hijau, lobak merah, kentang dan bayam juga kaya dengan zat tertentu yang membantu mencegah penyakit.
3. Jangan lupakan serat
Pastikan anda mengambil serat dalam menu anda setiap hari. Caranya mudah, banyakkan makan buah dan sayuran serta pastikan anda minum air yang cukup (8 gelas sehari). Serat penting untuk membantu proses pencernaan anda sihat dan mampu bekerja dengan baik.
4. Bakteria baik juga penting
Bukan semua bakteria itu jahat dan boleh mendatangkan penyakit. Ada juga bakteria yang membantu tubuh untuk menjalankan tugas dengan lancar dan ia dianggap bakteria yang baik kerana memberi faedah untuk tubuh kita. Antara contoh makanan yang mengandungi bakteria baik adalah seperti yogurt yang bagus untuk dimasukkan ke dalam menu pemakanan/diet anda. Ini kerana ia mengandungi bakteria yang membantu menjaga saluran pencernaan agar dapat berfungsi dengan baik selain membantu menangani bakteria jahat yang masuk melalui makanan yang anda makan.