Manisku Hanya Sementara
Wahh.. tajuk macam novel. Tapi aku tak minat sangat baca novel ni. Kalau baca buku tebal-tebal macam tu mesti nanti buku tu yang baca aku.hehe
Entry kali ini khas untuk kaum hawa kita. Dunia hari ini aku dapat lihat pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan. Tidak salah untuk bergaul asalkan kita menjaga batas-batas pergaulan antara lelaki dan wanita.
Jika batas ini tidak dihiraukan, mungkin akan berlaku perbuatan sumbang seperti zina dan sebagainya. Selain itu ini merupakan penyebab berlakunya kes buang bayi yang berleluasa di negara kita ini.
Kaum wanita boleh memainkan peranan dalam hal ini. Sepatutnya mereka lebih menjaga kehormatan mereka sebagai kaum wanita. Kaum wanita juga harus memelihara kesucian mereka supaya tidak dicemarkan oleh lelaki yang tidak bertanggung jawab.
Kaum lelaki juga harus menjaga tingkah laku mereka jika bersama. Jangan sesekali hendak merosakkan kesucian seseorang wanita yang bukan sah bagi mereka. Cuba bayangkan bagaimana perasaan anda jika kakak atau adik kamu diperlaku sedemikian?
Jadi untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku, kedua-dua pihak lelaki dan perempuan mestilah menjaga batas-batas pergaulan. Cuba cari jalan penyelesaian jika mahu melakukan perkara yang lebih dari itu. Antara jalan penyelesainya ialah berkahwin.