Tips Memilih Web Hosting
Web hosting ialah satu element terpenting bagi seorang blogger. Pemilihan web hosting yang baik merupakan aspek utama dalam kejayaan sesuatu blog atau website.
Apa gunanya jika kita menggunakan web hosting yang murah tapi kualiti yang diberikan tidak memenuhi piawaian. Contohnya dari segi uptime dan support. Web hosting yang baik ialah web hosting yang boleh memberikan kedua-duanya kepada kita.
Sebagai contoh, jika web hosting itu memberi support yang baik tetapi tidak dari segi uptime maka blog anda akan kerap down dalam tempoh masa yang lama atau berulang kali. Ini akan merugikan kita kerana sudah tentu kita akan kehilangan pelawat.
Contoh kedua ialah web hosting yang memberi uptime yang baik namun kelemahan dari segi support. Ini boleh menimbulkan masalah jika mempunyai kesukaran dan memerlukan khidmat kepakaran. Jika web hosting itu lemah dari segi support, maka masalah yang kita alami akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.
Jadi mengapa kita harus mengambil kedua-dua risiko ini? Bagi blogger yang bijak, mereka akan sentiasa memilih yang terbaik untuk blog. Tidak salah jika mengeluarkan lebih wang untuk perkhidmatan yang terbaik.
Selain itu faktor kedua yang harus dititik beratkan ialah tahap penggunaan. Beli web hosting yang sesuai dengan blog. Jika blog yang mempunyai traffik yang tinggi, cuba dapatkan pakage yang mencukupi dari segi bandwidth. Ini bagi mengelakkan blog itu down akibat kekurangan bandwidth.
Faktor lain yang harus dititik beratkan ialah targat pembaca. Jika kebanyakkan pembaca datangnya dari Malaysia, rasanya tidak sesuai jika menggunakan khidmat web hosting dari luar. Ini kerana web hosting dari luar agak jauh dari pengguna Malaysia. jadi load time akan lebih dari sepatutnya.
Buat pilihan yang tepat sebelum membeli web hosting. Harap entry ini dapat membantu mereka yang mahu membeli web hosting